fbpx

Sebahagian Port Dickson tiada air akibat pencemaran diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja pemantauan dilakukan JAS di jalan loji air, Kampung Kuala Sawah Pasir Rantau susulan pencemaran diesel.

PORT DICKSON – Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) memakumkan Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi terpaksa dihentikan sementara waktu akibat pencemaran diesel menyebabkan sebahagian kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air.

Kawasan terlibat sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson, kawasan Pekan Port Dickson sehingga ke kawasan Lukut dan dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA) berkaitan masalah tersebut.

Menurutnya, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah ke lokasi kejadian dan dimaklumkan pensampelan mendapati bau sekitar enam ton di kawasan berkenaan pada pukul 4.30 petang.

“Bacaan menurun kepada dua ton pada pukul 7 malam. Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pula memaklumkan bacaan pH ialah enam di dalam dan luar loji.

“Pemasangan ‘oil boom’ oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dilakukan pada pukul 7.15 malam sebagai langkah pencegahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI