fbpx

Kejutan istimewa hari jadi Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

TAKHTA Raja Bollywood yang diberikan kepada Shah Rukh Khan selayaknya melekat pada diri bintang yang sudah lebih emoat dekat mewarna dunia perfileman global.

Seperti biasa peminat membanjiri kediaman aktor tersohor itu bersempena ulang tahun yang ke-58 pada 2 November lalu.

Kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai dibanjiri ribuan peminat tegar yang menunggu sebelum menjelang tengah malam tarikh keramat itu.

Setara perayaan mega, percikan bunga api menghiasi ruang udara disambut sorakan orang ramai yang sabar menanti idola mereka muncul di balkoni rumahnya.

Tahun ini isterinya, Gauri mengundang ramai kenalan untuk meraikan hari ulang tahun suami tercinta termasuk Karisma Kapoor, John Abraham, Kiara Advani, Sidharth Malhotra, Shanaya Kapoor, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Mika Singh, Pritam, Atlee, Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Karan Johar dan Arjun Kapoor.

Malah, deretan personaliti popular lain yang juga tokoh politik serta atlet terkenal turut memeriahkan acara di kediaman tersebut.

Tidak mengecewakan peminat, bintang filem Jawan itu melambaikan tangan kepada peminatnya sebagai tanda penghargaan.

Difahamkan, saluran Netflix turut memberikan kejutan dengan melancarkan siaran filem Jawan (extended cut) pada hari lahirnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI