fbpx

Isu buli MCKK: Semua pihak diminta tunggu hasil siasatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin (tengah) ketika menghadiri Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional di Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri meminta semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyerahkan kes buli di sekolah berkenaan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, semua pihak diminta menunggu hasil siasatan laporan kes tersebut dari pihak polis.

“Kita tak nak mengganggu siasatan yang dibuat oleh polis, cuma kita mengharapkan pihak-pihak yang terbabit bersabar dan menerima apa saja keputusan.

“Saya harap berhenti membuat spekulasi dan kita tunggu siasatan daripada pihak polis supaya kita dapat tahu kesahihan dan kebenarannya supaya tidak ada sebarang isu yang ditular dan sebagainya,” ,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional di sini hari ini..

Terdahulu, media melaporkan, Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli di sekolah berkenaan kerana dianggap memberi imej buruk kepada MCKK.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook PIBG sekolah berkenaan, pihak PIBG MCKK sudah mengambil maklum mengenai kes disiplin tersebut bahawa ia selesai disiasat dan diambil tindakan oleh pihak sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI