fbpx

Felda Jelai 4 banjir, peneroka dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susulan hujan lebat sejak pukul 5 petang di Gemas, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Felda Jelai 4, di sini, malam tadi. - IHSAN PEMBACA

TAMPIN – Susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 5 petang, Felda Jelai 4, di sini dilanda banjir malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, banjir mula berlaku di felda berkenaan akibat limpahan Sungai Pador kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Jelai 4 telah dibuka. Setakat pukul 8.30 malam tadi, tiga keluarga daripada 10 individu termasuk kanak-kanak telah berdaftar di PPS berkenaan,” katanya hari ini.

Jelas Fadhil lagi, selain felda berkenaan, laluan Gemencheh ke Batang Rokan juga dinaiki air dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan papan tanda di laluan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI