fbpx

EPL: Arteta silap buat percaturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID RAYA

LONDON – Pengkritik bola sepak, Jamie Carragher percaya bahawa Arsenal yang dikemudi oleh Mikel Arteta akan terus kempunan untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini kerana salah seorang pemain mereka.

Bekas pemain Liverpool itu percaya bahawa penjaga gol baharu The Gunners, David Raya akan menjadi masalah besar buat pasukan tersebut biarpun sudah berbelanja besar untuk mendapatkan Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber.

“Ia adalah kesilapan satu kesilapan apabila mereka menyisihkan Aaron Ramsdale. Mereka menganggap Ramsdale tidak mampu membantu mereka memenangi gelaran, menyebabkan Raya tiba dan meraih semua kelebihan.

“Saya fikir mereka membawa masuk Rice dan membuatkan permainan mereka meningkat, tetapi tidak melakukannya di posisi penjaga gol. Mereka kelihatan tidak begitu selesa di bahagian belakang. Mereka tidak sepatutnya menyingkirkan pemain yang telah memberikan mereka segala-galanya musim lalu,” katanya.

Ramsdale menjadi tulang belakang Arsenal musim lalu yang berjaya menyaingi Manchester City untuk merebut gelaran EPL, namun musim ini menyaksikan dia hanya beraksi dalam empat perlawanan awal sebelum dibekukan.

Carragher percaya keputusan Arteta membawa masuk Raya secara pinjaman dari Brentford hanya memberikan masalah buat Arsenal kerana pemain itu masih jauh daripada prestasi yang diharapkan.

“Ia menjadi masalah besar buat Arteta. Raya melakukan kesilapan ketika bertemu Newcastle, dia juga melakukannya ketika menentang Chelsea sebelum ini. Begitu juga ketika dia bermain menentang Sevilla,” katanya. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI