fbpx

[VIDEO] Selamba sumbat tilam saiz bujang masuk mesin dobi layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di aplikasi X berhubung sepasang individu memasukkan tilam ke dalam mesin dobi layan diri.

PETALING JAYA – Tindakan sepasang individu yang memasukkan tilam bersaiz bujang ke dalam mesin dobi layan diri mengundang kecaman warga media sosial hari ini.

Menerusi ciapan seorang pengguna dikenali sebagai @cool_wannabe82 di aplikasi X, lelaki dan wanita itu dilihat telah pun memasukkan sebuah tilam berwarna putih ke dalam mesin dobi berkenaan.

Bagaimanapun, oleh kerana saiz yang besar, tilam tersebut tidak muat sehingga terkeluar daripada aras pintu mesin dobi berkenaan.

Walaupun menyedari hal itu, lelaki dan wanita tersebut masih juga menggulung untuk memuatkan sebuah lagi tilam bujang berwarna hijau kebiruan ke dalam mesin dobi tersebut.

Susulan itu, tindakan sepasang individu itu menerima kecaman hebat oleh orang ramai ekoran mesin dobi layan diri kebiasaannya telah menetapkan jenis dan had aras pakaian yang dibenarkan.

“Siap boleh garu kepala pula bila tak muat. Ya Allah di mana akal dan fikiran kau. Sah sah lah memang tak boleh masuk!,” komen LuqmanSani.

“Dah jelas tilam bawah dia masukkan tu dah tak muat. Kenapa dia nak sumbat masuk tilam lagi satu pula?,” komen Nana.

“Ni jenis orang asal boleh, semua jadi. Buat kerja tak fikir, penting diri sendiri. Akhirnya harta benda orang ramai dan awam rosak sebelum masanya,” komen Shahar.

“Selalunya kedai dobi bukan ke memang ada orang pantau? Sama ada pekerja atau pemilik. Pernah tengok orang masukkan toto sampai padat dan ada pekerja keluar tegur,” komen Najuwa.

Walau bagaimanapun, lokasi dan waktu kejadian tidak dapat dipastikan dimana.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 2,200 ulang ciap dan 1,500 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI