fbpx

Musim tengkujuh: SPM 2023 tetap bermula 5 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap akan dilaksanakan bermula 5 Disember ini seperti mana yang telah dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah di kawasan yang dilanda bencana banjir.

Katanya, pihaknya telah membuat persiapan yang teliti bagi memastikan peperiksaan membabitkan pelajar Tingkatan 5 itu berjalan lancar di seluruh negara dalam satu masa.

“Kita (KPM) bersedia. SPM akan bermula 5 Disember ini dan kesiapsediaan (banjir) termasuk menghadapi peperiksaan ini.

“Kita percepatkan SPM sebab kita mahu ‘pergi’ kepada Januari seperti yang diminta oleh banyak pihak.

“Kita tengah susun dan insya-Allah ianya akan teratur dan mengikut garis masa yang kita tetapkan untuk (SPM) sampai semula kepada Januari,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2, di sini hari ini.

Dalam majlis sama, Fadhlina berkata, pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 sebagai optik keprihatinan KPM terhadap keselamatan dan kebajikan warga dan institusi pendidikan semasa menghadapi bencana banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI