fbpx

Hamid Ketua Pengarah APMM baharu berkuat kuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) ketika menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Hamid di Putrajaya, hari ini. - Foto IHSAN APMM

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin dilantik sebagai sebagai Ketua Pengarah APMM yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan sebagai Ketua Pengarah APMM yang keenam itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.

Upacara kenaikan pangkat dan pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini, hari ini.

APMM dalam kenyataan berkata, pelantikan Hamid, 59, itu bagi menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som yang telah bersara wajib pada Mac lalu.

Katanya, hamid telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 23 tahun sebelum diserapkan ke APMM sebagai pegawai perintis agensi ini pada 31 Oktober 2005.

“Memiliki pengalaman luas dalam pelaksanaan operasi maritim di perairan negara, termasuk Selat Melaka dan Sabah serta Sarawak dalam menjaga keselamatan negara daripada pelbagai ancaman khasnya jenayah rentas sempadan.

“Hamid pernah memegang pelbagai jawatan termasuk dilantik sebagai Ketua Staff Bahagian Penguatkuasaan Maritim di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2019.

“Hamid turut diberikan tanggungjawab menjadi Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Ibu Pejabat APMM pada tahun 2021 dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mac lalu,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, berlandaskan perancang strategik dan atur gerak aset yang bijak, beliau telah mencapai banyak kejayaan melalui penahanan dan pendakwaan kes berprofil tinggi seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia, minyak, kontraban dan barangan kawalan yang melanggar undang-undang negara.

“Malah beliau juga terlibat dalam pelbagai inisiatif untuk memperkuatkan hubungan kerjasama antara APMM dengan nelayan serta komuniti maritim dalam usaha mempertingkatkan keselamatan maritim negara,” katanya.

Ujarnya, dengan peranan baharu sebagai Ketua Pengarah baharu, beliau diyakini akan meningkatkan keupayaan aset dan kompetensi warga APMM melalui aspek penguatkuasaan dan cari lamat di samping memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi tempatan dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI