fbpx

Dewan Rakyat: ‘Terpulanglah nak kata saya bodoh, tak cerdik di luar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan mana-mana Ahli Parlimen yang mendakwa beliau sebagai bodoh di luar Dewan Rakyat bukan urusan beliau.

Beliau namun menengaskan akan mengambil tindakan jika perkara yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diungkapkan dalam Dewan Rakyat.

“Namun begitu sesiapa juga boleh hina saya di luar (Dewan Rakyat), boleh panggil saya tidak layak, tidak berpendidikan. Saya tidak menjadi isu. Saya berkhidmat untuk dewan ini, di luar terpulanglah nak kata saya bodoh, tak cerdik tak layak bukan urusan saya.

“Saya di sini buta warna. Sebelah kanan saya bertanggungjawab, sebelah kiri juga saya bertanggungjawab. Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan kendalikan perjalanan (persidangan) agar keputusan yang kita ambil akan memanfaatkan rakyat.

“Ahli Yang Berhormat nak main politik… mainlah, jangan libatkan saya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab isu dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan kredibiliti Johari sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang di luar Dewan Rakyat mendakwa Johari adalah Yang Dipertua Dewan Rakyat pertama tidak memiliki latar belakang perundangan sedangkan beliau boleh membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI