fbpx

Dewan Rakyat: Penggunaan tol tanpa palang diuji tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ujian terhadap penggunaan tol tanpa palang iaitu Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya di Malaysia akan dilakukan pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya (KKM), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling sesuai buat Malaysia.

“Kita dah buat kajian di banyak negara dan kita hendak yang terbaik. Sekarang dalam proses kajian dan dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024.

“Banyak negara sudah menggunakan MLFF dan kegunaannya adalah sangat baik. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI