fbpx

Berpurdah bukanlah untuk berfesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tidak dinafikan wanita berpurdah sentiasa dipuji kerana kecantikannya, namun penampilan golongan ini mula dikritik apabila memakai solekan berlebihan.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna menegur mereka yang berpurdah memuat naik video yang tidak sepadan dengan imej pakaiannya.

Ain Farahan memberi nasihat kepada golongan berpurdah supaya berhenti menggunakan ayat seperti jangan salahkan pakaian saya kerana saya masih belajar apabila menerima teguran.

“Awak perlu belajar dahulu sebelum berpurdah atau berniqab. Saya katakan ini bukan kerana saya sudah lama berpurdah, tetapi isu ini tidak pernah selesai sejak awal.

“Awak dan rakan-rakan buat video dan siaran langsung di TikTok sambil memakai solekan berlebihan dan kanta lekap berwarna untuk menarik perhatian orang ramai.

“Kalau nak menjual, tak perlu nak tergedik-gedik. Saya pun menjual juga tapi tak ada nak buat reaksi berlebihan sampai macam itu,” jelas Ain.

Isu ini semakin menjadi perhatian apabila seorang pempengaruh berstatus ustaz dilihat menyambut hari lahirnya bersama seorang gadis berpurdah yang juga mempunyai pengikut yang ramai.

Ramai netizen bersetuju dengan teguran ini dan menasihatkan golongan tersebut supaya memakai purdah dengan ikhlas kerana Allah.

“Golongan seperti ini tidak boleh terima nasihat dan teguran sebab rasa diri sendiri yang paling baik dan betul,” komen Yannnn.

“Ya, saya sangat setuju. Berpurdah bukanlah untuk berfesyen dan untuk tarik perhatian orang.

“Berpurdah bukan hanya menutup sebahagian muka, tetapi kena jaga adab juga. Jangan cemarkan imej orang berpurdah,” tambah Nur Alysa.

Qisya pula berkata, kalau sudah berniat untuk berpurdah atau berniqab, tidak perlu untuk memuat naik video dan gambar di media sosial tanpa sebab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI