fbpx
SHAFIYYAH kini melanjutkan pengajian dalam bidang media dan kebudayaan di Universiti Lancaster, United Kingdom.

Shafiyyah berjiwa puitis, mahu jadi tuan director

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINAT yang terlalu tinggi kepada persembahan koir dan penulisan puisi menjadikan gadis kelahiran Terengganu ini kekal tenang dan sentiasa mengekspresikan diri dengan cara tersendiri.

Nur Shafiyyah Ahmad Raiedzall, 22, merupakan kelulusan Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris dari Kolej Profesional Tinggi Mara (KPTM) Seri Iskandar dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Lancaster, United Kingdom (UK).

Lebih akrab disapa Shafiyyah, gadis ini sebenarnya mempunyai impian besar untuk bekerja di belakang tabir dan berharap suatu hari nanti namanya akan muncul dalam kredit sebuah filem.
Kepada Pesona Ahad, Shafiyyah berkongsi mengenai cabaran belajar di luar negara dan impiannya untuk menjadi seorang pengarah filem.

Kosmo! Ahad: Ceritakan perjalanan Shafiyyah belajar di UK?
Shafiyyah: Saya mengambil diploma di Kolej Profesional Tinggi Mara (KPTM) Seri Iskandar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya lulus dengan purata mata gred ke­seluruhan (CGPA) 3.90 dan meme­nuhi syarat Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memohon tajaan mereka.
Saya memilih Lancaster sebagai universiti pilihan saya. Sekarang saya berada di tahun kedua, dan akan menamatkan pengajian pada tahun 2025.

Tips untuk mereka yang ingin belajar di luar negara?
Pertama sekali, persiapkan diri dari segi mental. Belajar di luar negara adalah satu peluang yang menarik, tetapi realitinya tidaklah seindah yang disangka. Selain itu, berusaha untuk berinteraksi dengan orang lain, belajar tentang budaya mereka dan berkongsi budaya kita dengan mereka juga. Berbuat baik kepada semua tetapi yang paling penting, jaga diri.

Apa yang mendorong Shafiy­yah untuk belajar di UK?
Saya tahu yang saya akan kembali ke UK kerana saya mempunyai kenangan masa kecil di sini yang tidak dapat dilupakan. Dorongan yang paling besar ialah apabila saya melihat keluarga saya gembira dan mereka tahu bahawa saya sudah cukup berdikari untuk mengharungi perjalanan ini. Saya gembira mengambil langkah besar itu dan saya juga telah berubah menjadi lebih matang sejak berada di sini.

Apa yang mencetuskan minat Shafiyyah untuk menyanyi?
Saya minat menyanyi sejak kecil. Rancangan yang saya tonton semasa membesar banyak mempengaruhi saya. Saya suka menonton filem High School Musical, Camp Rock dan Hannah Montana.
Melalui filem sa­ya rasa gembira untuk menyanyi. Saya rasa ia sudah sebati dalam diri saya kerana sehingga kini saya masih meminati bidang nya­nyian. Mungkin tidak sebanyak dulu, tetapi minat itu tidak pernah hilang.

Siapakah penyanyi kegemaran Shafiyyah?
Tidak lain dan tidak bukan, Taylor Swift. Saya membesar mendengar lagu-lagunya dan saya suka akan penulisan lirik­nya. Saya hanya boleh bermimpi untuk mempunyai bakat seperti itu. Saya adalah ‘Swifties’ yang paling gembira apabila saya dapat melihat Taylor Swift secara langsung di konsert The Eras Tour di Wembley tahun depan.

Siapakah sumber inspira­si terbesar Shafiyyah?
Baru-baru ini saya mengikuti seorang ‘content creator’ dari Indoneisa iaitu Zhafira di TikTok dan dia merupakan pelajar di Universiti Harvard.
Perkongsian video tentang pengajiannya di sana menjadi inspirasi yang hebat kepada orang ramai, termasuk saya.
Zhafira juga seorang yang berhijab dan personalitinya telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih yakin, berani dan mampu berkomunikasi dengan baik.

Adakah Shafiyyah mempunyai impian untuk terbitkan buku puisi sendiri?
Ya, itu adalah salah satu impian seumur hidup saya. Saya mempunyai draf lebih daripada 100 puisi yang saya harap dapat diterbitkan satu hari nanti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN