fbpx

21 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditangkap APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal maritim APMM menahan salah satu bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pada kedudukan antara 155 dan 156 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Keghairahan 21 nelayan Vietnam terus menceroboh perairan negara sewaktu ketibaan monsun Timur Laut (MTL) semakin hampir menerima pada apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Meraka berusia antara 24 hingga 46 tahun yang menaiki dua bot berasingan berjaya dikesan sebelum dipintas sebuah kapal maritim APMM antara pukul 8.30 pagi dan 9 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu dikesan pada kedudukan antara 155 dan 156 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Sebuah kapal maritim APMM yang sedang mengadakan rondaan mengesan dua bot terbabit dalam keadaan mencurigakan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil setelah mereka disyaki terlibat dalam aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, pemeriksaan mendapati kesemua 21 nelayan Vietnam terlibat tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, dua bot nelayan asing itu juga tiada kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara daripada Jabatan Perikanan.

“APMM bertindak merampas hasil laut, bekalan minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan bot yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI