fbpx

Tiz Zaqyah doa Angelina Jolie dilindungi Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAGUM dengan kelantangan berkaitan isu kemanusiaan, Tiz berdoa Angelina Jolie sentiasa dilindungi Tuhan

PETALING JAYA – Kagum dengan perjuangan berkaitan isu kemanusiaan, pelakon Tiz Zaqyah berharap aktres popular antarabangsa, Angelina Jolis sentiada berada dalam lindungan Allah SWT.

Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, berkata doanya itu sebagai tanda penghargaan buat Jolie yang sebelum ini sering lantang dan aktif sebagai aktivis kemanusiaan dalam pelbagai kempen di seluruh dunia.

“Jolie terlibat sebagai aktivis sejak 20 tahun dan telah melawat pelbagai kem pelarian, mendengar tangisan dan harapan.

“Dia juga telah membantu membina sekolah dan memberi banyak derma selain lantang bersuara mengenai impak peperangan,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah pelakon drama Liar itu, Jolie juga disifatkan sebagai individu yang berada di pihak yang memperjuangkan hak yang sepatutnya dimiliki oleh semua penduduk dunia.

“Perjuangannya kini semakin mendalam dan sentiasa berada di pihak yang benar.

“Semoga Allah SWT melindunginya walau apa jua berlaku termasuk atas kelantangannya dalam bersuara dan sifat kemanusiaan.

“Dia dan anak-anaknya juga dilihat sudah menerima komen berbaur ugutan,” katanya lagi.

Selain Tiz, selebriti tanah air yang turut menyuarakan sokongan terhadap Jolie ialah Fazura dan Fynn Jamal.

Sebelum ini Jolie berdepan kecaman apabila didakwa seakan-akan menutup mata terhadap tindakan Zionis menjarah bumi Gaza.

Namun, insiden pengebomban kem pelarian Jabalia di Gaza, Palestin pada Selasa lalu menjadi titik perubahan pandangan buat bintang filem terkenal dunia.

Angelina secara terang-terangan mengutuk perbuatan kejam tentera Zionis yang disifatkan sebagai tindakan disengajakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI