fbpx

Martinez tola Real Madrid sebab ada satu kelab impiannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ yang berusia 26 tahun membuktikan dia seorang penyerang berbisa bersama Inter selepas meledak 11 gol dan dua bantuan jaringan setakat ini.

MILAN – Rancangan Real Mad­rid untuk menyambar khidmat Lautaro Martinez boleh dikatakan tidak berhasil selepas pe­nyerang Argentina itu mahu kekal bersama Inter Milan dan bersedia menandatangani kontrak jangka panjang baharu bersama The Nerazzurri.

Ejen Martinez, Alejandro Camano mengesahkan bahawa bintang utamanya berhasrat untuk kekal bersama Inter Milan selepas kini menjadi bintang utama Simone Inzaghi dengan meledak 11 gol dalam 10 perlawanan Serie A.

Aksi cemerlang tersebut membolehkan Martinez bakal me­raih pendapatan tertinggi dalam skuad itu dan difahamkan kontrak pemain berusia 26 tahun itu akan berakhir pada Julai 2024.

“Kami mempunyai hubungan yang baik dengan Nerazzurri dan kami bercakap tentang lanjutan kontrak Martinez.

“Inter mahu memperbaharui kontrak Lautaro dan kami ingin melanjutkan. Tidak akan ada masalah. Kita akan berjumpa dalam beberapa hari atau ming­gu akan datang.

“Buat masa ini tiada sebarang perjanjian dibuat dan kami perlu mencapai persetujuan dengan Inter Milan. Tetapi yang penting ialah terdapat kesediaan ke­dua-dua pihak untuk duduk dan membincangkan pembaharuan kontrak baharu itu.”

Berkenaan soal perbincangan gaji, Camano yakin akan terdapat peningkatan kerana pemainnya itu adalah bintang utama dalam skuad tersebut.

“Kami bercakap tentang pemain yang sangat penting untuk Inter Milan. Ia bukan soal wang semata-mata tetapi Martinez mempunyai perasaan yang baik bersama pasukan ini dan juga para peminatnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI