fbpx

KPM sedia bincang cadangan peperiksaan khas Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui pemberita pada Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad Razali, hari ini.

AMPANG JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung pelaksanaan sistem penilaian tersendiri atau peperiksaan khas di wilayah itu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata, pihaknya akan memberikan input kepada kerajaan Sarawak terlebih dahulu mengenai cadangan tersebut.

“Tentang cadangan itu, kita akan beri input khususnya di peringkat Kementerian Pendidikan Sarawak kerana yang kita nak angkat hari ini adalah soal pentaksiran dan bukannya berasaskan peperiksaan.

“Jadi kalau kerangka itu yang nak dibangunkan bagi mengukuhkan pentaksiran, pastinya kita akan sokong kerana ia adalah hala tuju KPM ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Razali, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau tidak menolak untuk memperluaskan cadangan tersebut di semua negeri selepas melihat perkara tersebut secara keseluruhan.

“Apa yang kita sedang lakukan adalah pentaksiran secara keseluruhan. Jadi kita akan terus berbincang bagaimana ia boleh diselaraskan dan mungkin hanya perlu diperkukuhkan sahaja.

“Lagipun, benda ini baru disebut dan input itu mesti datang daripada KPM. Dengan adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jawatankuasa, kita sentiasa ada panduan untuk melaksanakan apa sahaja program pengukuhan di peringkat negeri,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Sarawak bakal memperkenalkan sistem penilaian tersendiri untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di wilayah tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, penilaian baharu itu dipercayai dapat membantu selain menilai prestasi sebenar pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI