fbpx

KPDN Negeri Sembilan rampas 850,000 liter minyak diesel, nilai lebih RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Modus operandi yang dikesan dalam Ops Tiris KPDN Negeri Sembilan yang mana minyak diesel yang dibeli dari stesen minyak akan dikumpulkan dan dipindahkan ke dalam lori tangki. Foto : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas sebanyak 850,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM2.5 juta menerusi Ops Tiris sejak 1 Mac lalu sehingga hari ini.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, rampasan itu berdasarkan 69 kes yang direkodkan melibatkan tangkapan 71 orang kena tuduh (OKT) di lokasi serbuan terutama di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah.

“Sebanyak 21 daripada 69 kes telah dikompaun dengan keseluruhannya melibatkan nilai hampir RM300,000. Dua kes telah dituduh di mahkamah dan telah selesai sabitan dengan nilai denda berjumlah lebih RM50,000.

“Berdasarkan nilai rampasan lebih RM2.5 juta, (minyak diesel bersubsidi), Negeri Sembilan berada di kedudukan ketiga dan ini disebabkan faktor pelaksanaan Ops Tiris pada tahun ini dan berlaku peningkatan kes berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan di Jalan Industrial Gala 12 di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, sebanyak 27 kes penyelewengan direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu dengan rampasan 281,751 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM444,584.

Jelas beliau, modus operandi kebanyakan sindiket penyelewengan adalah dengan membeli diesel daripada stesen-stesen minyak di luar kemudian mengumpulkannya di stor-stor haram.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI