fbpx

Dewan Rakyat: PAC ambil tempoh lebih 5 bulan sebelum umum isu vaksin tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil masa selama lima bulan dua minggu sebelum laporan berhubung Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan PPE di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 Oktober lalu.

Penegerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding itu diadakan susulan penemuan audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, Aktiviti Kementerian/Jabatan/Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan pada 7 Jun 2023 sebelum memutuskan untuk menyiasat isu berhubung Pengurusan Wabak Covid-19.

“PAC telah mengadakan empat prosiding berkenaan isu ini pada 15 Jun 2023, 22 Ogos 2023, 14 September 2023 dan 21 September 2023. Mesyuarat penyediaan laporan ini telah diadakan pada 16,17 dan 18 Oktober 2023.

“Manakala, mesyuarat verifikasi draf laporan ini telah diadakan pada 26 Oktober 2023, PAC mengambil masa selama lima bulan dua minggu sebelum laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2023.

“Tempoh masa yang lama ini membuktikan bahawa PAC menjalankan prosiding ini dengan telus dan teliti dalam memastikan laporan ini dihasilkan dengan
komprehensif,” jelasnya pada sidang akhbar PAC di Bangunan Parlimen hari ini.

Tambahnya, dalam empat prosiding yang diadakan, saksi yang hadir di hadapan PAC terdiri daripada KKM, PHARMANIAGA Berhad, Ahli Parlimen Ayer Hitam
merangkap Mantan Menteri Pengangkutan, mantan Ketua-ketua Setiuasaha KKM dan syarikat IDS Medical Systems (M) Sdn. Bhd.

“Ingin saya jelaskan bahawa semua Laporan PAC dihasilkan melalui prosiding yang diadakan dengan bukti diperoleh daripada keterangan dan dokumen yang diberi oleh saksi.

“PAC menerima bukti dari semua pihak yang terlibat secara langsung bagi isu-isu yang dibincangkan semasa prosiding berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kerajaan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca dari­pada kurang permintaan dan kelewa­tan negara menerima vaksin tersebut.

Bagaimanapun, PAC berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan perolehan berdasarkan unjuran dos vaksin yang diperlukan oleh negara ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI