fbpx

[VIDEO] ‘Tak pasal-pasal disiasat kes culik enam budak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang berlaku di Kundasang, Sabah petang tadi.

RANAU – Sudahlah cubaan larikan sebuah kereta Proton Persona gagal, seorang suspek lelaki turut disiasat kerana menculik enam murid sekolah di Kundasang semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, kes berkenaan melibatkan seorang lelaki yang cuba melarikan kenderaan milik orang lain namun secara kebetulan terdapat kanak-kanak sekolah di dalamnya sewaktu kejadian

“Bukan culik tetapi cubaan mencuri kenderaan. Namun suspek juga disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik kerana suspek turut dilaporkan membawa bersama enam kanak-kanak ketika melarikan kenderaan jenis Proton Pesona terbabit.

“Selain disiasat kerana menculik, suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam tular video seorang lelaki diberkas polis dan orang awam selepas mencuri sebuah kenderaan di kira-kira pukul 5 petang.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan kedai runcit, di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang dan sewaktu kejadian, terdapat enam murid di dalam kenderaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI