fbpx

Sorok 859 kotak arak bernilai RM RM737,295.54 dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raiz Mukhliz (dua kiri) bersama sebahagian pasukan polis Batalion 6, PGA Bakri Muar berjaya menumpaskan sindiket arak tanpa cukai di sebuah stor di Jalan Sengkang, Pagoh, Muar.

MUAR – Sepasukan polis dari Batalion 6 PGA Bakri, Muar bersama Bahagian Siasatan IPD Muar berjaya melumpuhkan sindiket arak tanpa cukai bernilai RM737,295.54 di sebuah stor di Jalan Sengkang, Pagoh di sini Isnin minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, serbuan dilakukan pada 23 Oktober lalu kira-kira pukul 10 pagi.

“Dalam serbuan berkenaan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 37 tahun telah di tahan bagi siasatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai.

“Hasil serbuan turut merampas sebanyak 859 kotak arak pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai kastam dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM737,295.54 (tidak termasuk cukai).

“Turut dirampas sebuah lori yang dipercayai atas nama suspek selain siasatan awal suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,”katanya ketika di temui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hari ini.

Tambah Raiz Muhkliz, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Kami ingin tegaskan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

“Operasi berterusan akan dijalankan dalam mengekang dan membanteras kegiatan penyeludupan khasnya di daerah Muar,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI