fbpx

Pengantin rakam gambar kahwin di tapak pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hsueh dan tunangnya, Owen Kang bergambar di hadapan gunung sampah pada 14 Oktober lalu. - AFP

TAIPEI – Sepasang kekasih di Taiwan tular di media sosial selepas merakam gambar perkahwinan mereka di tempat pelupusan sampah, lapor laman berita Mothership hari ini.

Aktivis alam sekitar Greenpeace, Iris Hsueh dan tunangnya bergambar berlatarbelakangkan ‘gunung sampah’ di kawasan Perbandaran Puli, tengah Taiwan pada 14 Oktober lalu.

Wanita itu ingin menggalakkan penduduk Taiwan untuk mengurangkan ‘sisa berlebihan’ terutamanya semasa mengadakan majlis perkahwinan.

Pasangan itu akan mengadakan ‘perkahwinan mesra alam’ pada Januari 2024. Mereka meminta tetamu untuk membawa bekas sendiri dan membawa pulang sisa makanan.

“Ramai rakan dan saudara sejak itu memberitahu saya bahawa mereka cukup terharu apabila melihat gambar perkahwinan kami dan mereka sanggup menjadi vegetarian.”

“Atau mereka sanggup mula membawa bekas makanan mereka sendiri,” tambah Hsueh.

Akhbar Taipei Times melaporkan bahawa kekurangan insinerator dan ruang tapak pelupusan yang tidak mencukupi telah menyebabkan peningkatan sampah di Puli.

Agensi berita AFP juga melaporkan bahawa jumlah sampah yang dihasilkan di Puli meningkat lebih dua kali ganda, daripada 20 tan dalam tahun 1980-an kepada 50 tan metrik setakat ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI