fbpx

Jelitawan Barcelona julang Ballon d’Or pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONMATI dinobatkan pemenang Ballon d'Or selepas membantu kelabnya menjuarai liga utama Sepanyol dan Liga Juara-Juara selain negaranya memenangi Piala Dunia musim panas.

PARIS – Pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Aitana Bonmati mengejutkan ramai apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or Wanita buat pertama kali.

Pemain berusia 25 tahun itu menikmati tahun yang sangat gemilang ketika membantu kelabnya menjuarai liga utama Sepanyol dan Liga Juara-Juara selain negaranya memenangi Piala Dunia musim panas.

Bonmati juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Ogos lepas.

Pemain Chelsea dan Australia, Sam Kerr pula akur di kedudukan kedua, manakala bintang remaja Barcelona dan Sepanyol, Salma Paralluelo di tempat ketiga selain rakan sepasukannya dari Sweden, menduduki tempat keempat.

“Saya sangat berbangga memenangi anugerah Ballon d’Or. Bola sepak adalah sukan kolektif, jadi saya ingin mendedikasikan anugerah ini buat rakan-rakan sepasukan dan kakitangan saya,” kata Bonmati. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI