fbpx

Tidak sempat joli duit RM20,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup yang dirampas di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan penyeludup di Chabang Empat, Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Seorang penyeludup tidak sempat berjoli hasil jualan rokok seludup sebanyak RM20,400 apabila dicekup anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa memandu sebuah trak pikap di Chabang Empat di sini semalam.

Suspek yang memandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari manakala rakannya yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback sempat melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Tumpat, Superintendan Ibrahim Husin berkata, sepasukan anggota Batalion 8 PGA mengekori sebuah kereta Proton Wira dan trak pikap Mitsubishi Triton itu yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Pengkalan Kubor ke Chabang Empat Tok Mek Ngah di sini.

Menurutnya, kedua-dua buah kenderaan tersebut berhenti di bahu jalan di Chabang Empat sebelum anggota PGA menghampiri kenderaan itu.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemandu kereta Proton Wira melarikan diri ke arah kawasan bangunan sebelum lelaki itu gagal dikesan. Pemandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton itu bagaimanapun berjaya ditahan.

“Pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemui 10 kotak rokok seludup yang berada di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan di dalam but,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim memberitahu, pemeriksaan lanjut di dalam Mitsubishi Triton itu kemudiannya menjumpai satu bungkusan plastik di dalam tempat simpanan barang bahagian penumpang depan yang berisi wang tunai RM 20,400.

Menurutnya, wang tersebut disyaki hasil daripada jual beli rokok seludup.

“Nilai keseluruhan rampasan rokok, dua buah kenderaan dan wang tunai itu dianggarkan berjumlah RM 150,000.

“Suspek direman selama lapan hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI