fbpx

Putuskan bekalan elektrik konsert jika aksi tidak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penganjur konsert artis luar negara diminta bersedia dengan ‘Kill Switch’ untuk menghentikan serta-merta persembahan sekiranya berlaku kejadian tidak senonoh di atas pentas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, ‘Kill Switch’ bagi menghentikan konsert itu adalah dengan memutuskan bekalan elektrik supaya persembahan tidak dapat diteruskan.

“Ini garis panduan daripada insiden (The 1975) dan kita berharap dengan garis panduan lebih ketat dapat memastikan persembahan artis luar mengikut budaya Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung tindakan menyekat kemasukan artis barat yang membawa unsur LGBT ke dalam negara ini seperti insiden konsert The 1975.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membantu KKD menyemak latar belakang artis luar negara untuk memastikan mereka tidak mempromosikan unsur negatif.

Kata beliau, Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) merupakan pusat setempat yang memproses dan mempertimbangkan permohonan kemasukan artis dan kru luar negara.

Ujar beliau, ketika penganjuran konsert, Puspal akan memastikan jawatankuasanya diletakkan di lokasi konsert bersama anggota PDRM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat pemantauan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.