fbpx

Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaguar XK150 ini terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad. – BNPS

LONDON – Sebuah kereta jenama Jaguar keluaran 1958 yang diselaputi karat selepas terbiar selama 25 tahun di belakang sebuah  reban ayam dijangka dapat dijual pada harga £100,000 (RM576,267), lapor akhbar The Sun semalam.

Kereta model Jaguar XK150 drophead coupe tersebut adalah milik seorang petani yang membelinya untuk  projek baik pulih sekitar 30 tahun lalu.

Namun, kereta vintaj itu  terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad sehingga dipenuhi karat dan debu, tempat duduk terkoyak serta cat yang sudah lekang.

Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £40,000 (RM230,541), namun ia diramal meningkat kepada lebih £100,000 (RM576,267) sekiranya dibaik pulih.

“Kami menerima banyak permintaan bagi kereta ini. 

“Ia mengimbas kembali era semasa kejuruteraan British berada di kemuncak industri dan kereta Jaguar menjadi rebutan ramai,” kata pelelong daripada Humbert & Ellis Auctioneers, Jonathan Humbert. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI