fbpx

Warga emas maut kereta dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat dihempap pokok tumbang di Kampung Bukit Payong di Pokok Sena, dekat Alor Setar pada petang tadi.

ALOR SETAR – Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Payong di Pokok Sena, dekat sini pada petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrin Musa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Ooi Boon Khak, 74.

Katanya, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati sebatang pokok besar tumbang dan menghempap kereta jenis Hyundai dipandu mangsa. Mangsa didapati terperangkap di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bagi mengeluarkan mangsa, anggota terpaksa menggunakan peralatan khas dan mendapatkan khidmat jentolak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrin menambah, kakitangan Kementerian Kesihatan yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI