fbpx

Konflik Palestin-Israel: Guna lampu suluh cari mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mencari mangsa di sebalik runtuhan bangunan yang musnah akibat pengeboman askar Israel di Khan Yunis, kelmarin. – AFP

BANDAR GAZA – Penduduk Semenanjug Gaza terpaksa mencari mangsa yang selamat di bawah runtuhan bangunan menggunakan lampu suluh di tengah-tengah kekurangan bekalan elektrik dan bahan api di wilayah tersebut, lapor laman berita Middle East Monitor.

Pengeboman tanpa henti sepanjang hujung minggu ini menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi di Semenanjung Gaza sekali gus memutuskan hubungan wilayah yang mempunyai populasi 2.2 juta penduduk itu dengan dunia luar.

Ia menyukarkan usaha ambulans dan perkhidmatan pertahanan awam untuk sama ada menyelamatkan mangsa yang selamat atau mengeluarkan mayat di sebalik runtuhan.

Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza hari ini menyatakan lebih 8,000 orang terkorban di wilayah itu sejak pencerobohan Israel bermula 7 Oktober lalu.

“Angka kematian dalam serangan Israel melepasi 8,000 dengan separuh daripadanya ialah kanak-kanak,” kata kementerian berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI