fbpx

Rakyat Johor sambut Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulangan Sultan Johor disambut dengan laungan Daulat Tuanku oleh rakyat Johor berbilang kaum.

JOHOR BAHRU – Keberangkatan pulang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke negeri ini disambut dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ oleh rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan memberitahu, sambutan itu berhubung pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

“Rakyat berbilang kaum berkumpul sejak awal pagi di sepanjang jalan daripada Hangar DiRaja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini

“Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan orang awam yang memegang sepanduk serta mengibarkan bendera Johor sebaik konvoi DiRaja melintasi mereka,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene juga telah disambut penuh kasih sayang dan mesra oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

“Berangkat sama menyambut keberangkatan tiba baginda di Senai ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta paduka anakanda lain.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI