fbpx

Dua suspek warga Singapura sambung reman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan melanggar tembok istana bersama rakannya yang lain ditahan reman di Mahkamah Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes gaduh menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kematian di sebuah premis di Jalan Terus di sini mendakwa dirinya merupakan warga Singapura.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat bagaimanapun berkata, lelaki berusia 26 tahun itu mengemukakan pasport menyebabkannya disiasat di bawah Akta Imigresen 1953.

“Suspek mengaku warga asing itu tetapi gagal mengemukakan pasport. Kita juga masih menyiasat sama ada suspek mempunyai rekod orang dikehendaki (di Singapura).

“Bagaimanapun dua suspek lagi yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan ini merupakan warga Singapura,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang merupakan penumpang kereta mewah itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman berhubung kes kemalangan melanggar pagar Istana Besar Johor Bahru dan berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek wanita itu direman selama satu hari manakala suspek lelaki pula direman dua hari bagi membantu siasatan.

Jumaat lalu, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 26 dan 29 tahun serta seorang wanita tempatan berumur 33 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kematian seorang lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI