fbpx

11 rumah rosak akibat ribut di Gurun, Sungai Petani pula dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan siling bumbung sebuah rumah yang terbalik dalam kejadian ribut di Taman Gurun Jaya, Gurun pada petang tadi.

GURUN – Sebanyak 11 buah rumah di empat kampung dan satu taman perumahan dalam mukim Gurun, di sini rosak dalam kejadian ribut pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu melibatkan enam rumah di Taman Gurun Jaya, dua rumah di Kampung Sungai Rotan serta masing-masing sebuah di Kampung Sungai Badak, Kampung Batu 4 dan Kampung Linton Batu 2.

Selain itu, turut terjejas ialah sebuah rumah di Kampung Baru, Bedong dalam mukim Semeling, dekat sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, susulan itu satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Surau Taman Gurun Jaya, di sini pada pukul 7.40 malam ini.

“PPS itu menempatkan tiga keluarga terdiri daripada 11 mangsa untuk berteduh kerana rumah mereka tidak selamat diduduki akibat dibadai ribut petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, angin kencang disusuli hujan lebat itu turut mengakibatkan kejadian banjir kilat di tiga mukim di daerah ini.

“Banjir kilat ini melanda 11 taman perumahan dan kampung di mukim Sungai Petani dan masing-masing satu kampung di mukim Gurun dan Sungai Pasir.

“Limpahan air secara mengejut dan berlebihan menyebabkan kesemua rumah dimasuki air sedalam antara 0.3 meter hingga 0.5 meter menyebabkan banyak barang dan perabot terkena air dan rosak,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat dan pihaknya menempatkan anggota untuk membuat pemantauan di semua kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI