fbpx

Piala Dunia Ragbi: England sambar tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain England meraikan kemenangan mereka ke atas Argentina pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia Ragbi di Stade de France awal pagi tadi. - AFP

PARIS – England menebus kekecewaan tewas di separuh akhir pada kejohanan Piala Dunia Ragbi 2023 selepas menewaskan Argentina dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stade de France awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, England hampir mensia-siakan kelebihan 13-0 di hadapan apabila membenarkan pasukan The Pumas bangkit mengejar sebelum berjaya memastikan kemenangan mutlak dengan keputusan akhir 26-23.

Kedudukan tempat ketiga itu pastinya dapat mengubat duka skuad Red and Whites selepas mereka tewas tipis 15-16 kepada Afrika Selatan pada aksi separuh akhir minggu lalu walaupun pada awalnya memiliki kelebihan sembilan mata.

Secara keseluruhan, England gagal untuk mengulangi pencapaian pada edisi 2019 di mana mereka berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sebelum tewas 12-32 kepada Arfika Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI