fbpx

KPM tunggu laporan penuh isu replika senjata di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan penuh berhubung isu replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, beliau telah mengarahkan agar satu siasatan menyeluruh dijalankan mengenai perkara itu.

“Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan dan ia juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan ini juga sangat jelas. Sebab itulah kita telah adakan satu libat urus bersama pihak-pihak yang berkaitan. Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan dan sebagainya.

“Alhamdulillah, ia berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan mengangkat tema kemanusiaan, kedamaian serta keamanan sejagat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau masih membuat penegasan bahawa soladariti Palestin di semua sekolah adalah digalakkan dalam usaha menanam nilai-nilai positif dalam kalangan murid serta pelajar sekolah.

“Untuk pengetahuan, sebab itu juga Minggu Solidariti Palestin ini dibuat dalam tempoh yang terhad sahaja. Bermula 29 (Oktober) sampai 3 November sahaja supaya kita boleh kawal, boleh pantau dan selain daripada itu, mana-mana sekolah yang melanggar garis panduan ini akan kita ambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI