fbpx

Zoo tawar 2 jawatan kosong penjaga singa berpengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA jawatan sebagai penjaga singa ditawarkan di Zoo Phuket. - Foto Wild Welfare

BANGKOK –  Pengurusan Zoo Phuket mempunyai dua kekosongan jawatan penjaga singa dan memberi keutamaan kepada pemohon berpengalaman dalam penjagaan Raja Rimba atau harimau, demikian menurut catatan terbaharu di laman Facebook Kerja Phuket, lapor portal berita Thaiger semalam.

Iklan pekerjaan itu pantas mendapat perhatian dan mencetuskan gelombang spekulasi  di internet dengan ramai netizen mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada penjaga singa sebelum ini.

Berikutan itu, seorang individu menjelaskan bahawa zoo itu sebelum ini mengiklankan untuk mencari penjaga anak singa yang baru lahir tetapi tidak menemui calon sesuai dengan kepakaran diperlukan seperti mampu menyediakan penjagaan rapi untuk anak haiwan tersebut.

Individu itu turut menggalakkan mereka yang meminati harimau untuk memohon jawatan tersebut.

Pihak zoo sedang mencari individu tertentu yang mampu menyediakan penjagaan rapi untuk anak singa yang baru lahir dan mahukan calon yang berpengalaman.

Individu ini turut menggalakkan mereka yang meminati singa untuk memohon jawatan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI