fbpx

PM jamu selera bersama rakyat selepas solat Jumaat di Dengkil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menjamu selera di kedai makan Ramli Corner, Dengkil tadi.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR

DENGKIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menjamu selera dan menyantuni rakyat di Kedai Makan Ramli Corner Selera Kampong, di sini tadi.

Anwar tiba di kedai makan itu kira-kira pukul 1.50 tengah hari diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan beberapa kenamaan lain.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain.

Ahli Parlimen Tambun itu sempat menyantuni orang ramai dan beberapa pemimpin masyarakat di mukim Dengkil sebelum menjamu selera.

Perdana Menteri kemudian dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk asam pedas ikan tenggiri, ayam berempah, kari daging, kerabu tauge dan ulam-ulaman.

Sementara itu, pemilik kedai, Siti Norhidayu Ramli berkata, dia mengakui terkejut selepas dimaklumkan pemimpin nombor satu negara sudi singgah makan di kedainya.

“Saya dimaklumkan perkara itu pukul 4 petang semalam. Saya agak terkejut kerana kedai saya terpilih dalam banyak-banyak kedai makan di kawasan ini.

“Hari ini kami sajikan Perdana Menteri asam pedas ikan tenggiri iaitu resepi turun temurun keluarga malah, ikan pun saya pilih sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI