fbpx

KBS sedia bantu pasukan Flag Football negara ke Olimpik 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli ketika ditemui pemberita selepas perasmian kejohanan Flag-Football Peringkat Asia-Ocenia, hari ini.- Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberikan bantuan kepada pasukan Flag Football negara untuk layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kelak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, KBS akan memanggil Persatuan American Football Malaysia (MAFA) dan pihak yang berkecimpung dalam sukan tersebut bagi membincangkan hala tuju sukan berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kejayaan menganjurkan kejohanan ini menjadi bukti bahawa MAFA serius mahu pasukan Flag Football Malaysia setanding dengan negara kuat dalam sukan itu.

“MAFA memperkenalkan sukan Flag Football kepada pihak KBS beberapa bulan lepas dan ini sedikit sebanyak memberikan makluman kepada kami mengenai sukan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Flag-Football Peringkat Asia-Ocenia yang pertama di Arena EV, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden MAFA, Mohd. Shahmil Bahari berkata, sebanyak 11 pasukan daripada sembilan buah negara mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Menurutnya, pasukan Malaysia menghantar dua pasukan, iaitu pasukan lelaki dan wanita yang rata-rata berusia lingkungan 20-an.

“Saya harap pasukan negara dapat layak ke Piala Dunia Flag Football 2024 yang dijangka diadakan di Finland.

“Harap pihak KBS dapat memberikan bantuan seberapa banyak yang mungkin sekiranya pasukan negara layak ke Piala Dunia,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI