fbpx

[VIDEO] Air mata Abdullah gugur saat meratapi gambar jenazah ibu, bapanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDURRAHMAN mengesat air mata adiknya, Abdullah yang gugur saat melihat gambar jenazah kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 1 September lalu.

MUAR – Remaja yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September lalu menangis tatkala meratapi gambar jenazah ibu bapanya yang telah kembali bertemu Ilahi.

Saat pilu itu meruntum jiwa itu dikongsikan ibu saudaranya, Nor Hila Noor Muhammad, 38, menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tik Tok petang semalam.

Dalam video berkenaan, Abdullah Amir Ruddin, 15, menyapu air matanya selepas melihat gambar jenazah ibunya, Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhammad yang ditunjukkan abangnya, Abdurrahman.

“Nak tengok gambar siapa dulu,”soal Abdurrahman.

Abdullah menjawab mahu melihat gambar jenazah ibunya terlebih dahulu sebelum Abdurrahman menunjukkan gambar jenazah ibu mereka di dalam telefon bimbit.

“Jenazah la, nampak mata ibu, lawa,”jawab Abdullah sambil menundukkan muka sambil tersenyum dan mengesat air matanya yang gugur.

Biarpun dia kelihatan senyum namun jauh disudut hatinya hiba selepas mengetahui ibu dan bapanya sudah tiada disisinya.

Abdullah kemudiannya membaca al-Fatihah sebagai sedekah untuk insan tersayang sebelum abangnya turut mengalirkan air mata melihat adiknya itu menangis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Abdullah bertanyakan keberadaan bapanya yang dipanggil Abi dan ibu.

“Tok Mak (nenek), abi (bapa), ibu tak ada lagi kan, sebab itu tak datang tengok Dollah (Abdullah),”soal Abdullah kepada neneknya, Noliah Md. Noh, 76, malam kelmarin.

Dalam kemalangan pada pukul 6.37 petang Jumaat 1 September lalu, selain ibunya, bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut meninggal dunia.

Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada tangan dan kepala dikejarkan ke Hospital Segamat namun kembali pulih selepas hampir 20 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Azla dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.-KOSMO! ONLINE

@rahilanoor85 ❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis ♬ Ya Nabi Salam Alaika – Ai

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI