fbpx

Yayasan LTAT salur RM12 juta kepada anak-anak ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan (enam dari kiri) menerima ‘mock cheque’ dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) di Dewan Perdana Felda hari ini.

KUALA LUMPUR – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menyalurkan RM12 juta kepada lebih 14,000 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) sejak diperkenalkan pada 1991.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertempat di Dewan Perdana Felda itu, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah menerima sumbangan ‘mock cheque’ sebanyak RM250,000 daripada ILTIZAM by Ekuinas sebagai tanda sokongan kepada pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) yang bersekolah di sekolah dalam kem.

Mindef dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yayasan LTAT telah menaja anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada warga ATM, Veteran ATM (Laksamana) serta ahli keluarga mereka.

“Yayasan LTAT sentiasa menyokong dan mencari inisiatif baharu seperti Program Sentuhan Elit SPM, Jejak Bakat Anak Tentera dan Laksamana telah banyak menyumbang kepada kejayaan anak-anak tentera dalam pendidikan.

“Seramai 340 pelajar telah menerima AKP bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, bagi kategori IPTA, seramai 65 pelajar menerima RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan seramai 275 pelajar dari kategori SPM pula menerima RM1,500 yang juga akan dikreditkan melalui akaun SSPN Prime.

“Pengiktirafan yang diberikan ini sedikit sebanyak dilihat mampu menjadi suri teladan serta inspirasi kepada anak-anak warga ATM yang lain.

“Inisiatif yang diberikan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada anak-anak warga ATM bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kerjaya tidak kira yang cemerlang atau yang kurang cemerlang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI