fbpx

Tiga perempuan Rohingya dalang pecah rumah di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah didalangi warga Rohingya pada sidang akhbar di IPK Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kejadian pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di daerah Kemaman sejak awal tahun ini rupa-rupanya didalangi tiga perempuan warga Rohingya.

Wanita berusia 33 tahun bersama dua anak perempuannya masing-masing berusia 13 dan 14 tahun tersebut berjaya diberkas polis di Kampung Binjai, Kemaman pada pukul 7 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazli Mazlan, berkata, siasatan awal percaya kesemua suspek terlibat sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah di daerah Kemaman manakala satu lagi di Johor sejak bulan Januari lalu.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan penjenayah tersebut ialah dua suspek remaja perempuan berusaha mengalihkan perhatian mangsa bagi membolehkan ibunya memasuki rumah dan mencuri barangan berharga.

“Tembelang tiga beranak itu terbongkar apabila perbuatan jenayah mereka terakam oleh dashcam (kamera papan pemuka) kereta salah seorang jirannya.

“Berdasarkan maklumat itu, pasukan polis mengesan sebuah kereta jenis Volkswagen disyaki pernah digunakan kumpulan penjenayah tersebut pada pukul 5 petang kelmarin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mazli memberitahu, mereka yang menyedari kesedaran pasukan polis memecut laju kereta Perodua Kelisa untuk melarikan diri namun hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai barang kemas, wang tunai, dua utas jam tangan dan 10 buah beg dipercayai barangan curi – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI