fbpx

Syafiq ada kualiti perkuatkan skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ merupakan pemain yang memiliki kualiti, malah menjalani latihan di JDT dan sepatutnya harus dipilih menyertai skuad Harimau Malaya.

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan besar para peminat yang mahu menyaksikan Syafiq Ahmad kembali dalam Harimau Malaya.

Walaupun Syafiq berdepan kesukaran mendapat lebih banyak minit permainan, Tunku Ismail yakin kualiti latihan di JDT akan membantu seseorang pemain, malah sumbangan serta komitmen pemain itu tidak pernah mengecewakannya.

“Syafiq patut ada sebagai penyerang tengah kerana saya tidak pernah rasa kecewa apabila kami memasukkan dia. Kalau kita nak menilai semata-mata berdasarkan minit permainan, kenapa pilih Akhyar Rashid? Kenapa ambil Safawi Rasid?

“Jadi jangan gunakan minit permainan sebagai satu alasan. Jika nak tengok kepada minit, saya cadangkan Kim Pan-gon ambil semua pemain PDRM FC yang bermain 90 minit setiap perlawanan.

“Tetapi kalau nak pemain berkualiti, JDT ada ramai, dia patut pakai sepenuhnya. Kita tidak patut ada sikap pilih kasih dalam pasukan kebangsaan,” katanya yang dipetik menerusi program terbitan stesen televisyen swasta kelmarin.

Ketika ini, Harimau Malaya lebih bersandarkan kepada bintang Sabah, Darren Lok sebagai penyerang utama sambil memanfaatkan dua pemain sayap muda, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Pada masa sama, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut meluahkan rasa hairan kerana Pan-gon tidak memanggil beberapa pemain JDT yang dirasakan mampu beri lebih banyak variasi kualiti kepada Harimau Malaya.

“Nadi bola sepak datang dari bahagian tengah, saya berasa Pan-gon kena buat penilaian semula untuk tengok siapa yang layak berada di situ kerana pemain seperti (Nathaniel) Hong Wan banyak potensi.

“Saya begitu pelik mengapa Feroz (Baharudin) tidak dipilih kerana bagi saya dia pertahanan terbaik dan satu hari nanti akan jadi kapten JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI