fbpx

Dewan Rakyat: Cadangan waktu kerja anjal sektor perladangan dikaji, tarik minat belia tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memperkenalkan waktu kerja anjal sedang dikaji dalam usaha kerajaan menarik minat golongan muda menyertai sektor perladangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, cadangan itu dilihat mampu mengurangkan kadar kebergantungan negara kepada pekerja asing dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) seperti perladangan.

“Ada cadangan supaya wujudkan waktu fleksibel kepada generasi muda ini. Kalau mereka bekerja di ladang sepanjang masa, mungkin agak membosankan.

“Ada beberapa cadangan cuba dibuat, pertamanya untuk membangunkan satu silibus.

“Ia bertujuan supaya kerja-kerja di ladang ini boleh dipersijilkan seperti SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) 1 dan SKM 2.

“Usaha ini boleh menarik minat anak muda bekerja di ladang dan memastikan kita tidak bergantung kepada pekerja buruh asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang menyoal tentang langkah kerajaan bagi merancakkan sektor 3D untuk menarik minat pekerja tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI