fbpx

Dewan Rakyat: Belum capai spesifikasi punca Smartlane Lebuh Raya Karak gagal dilaksana sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pengaktifan ‘smartlane’ di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) pada waktu puncak gagal dilaksanakan sepenuhnya berikutan ia belum memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, spesifikasi berkenaan memerlukan ‘smartlane’ dengan kelebaran 2.5 meter (meter).

“Kita sebenarnya ada aktifkan lorong kecemasan, tapi buat masa ni tak dapat laksanakan sepenuhnya.

“Ini kerana mengikut spesifikasi, ‘smartlane’ ini memerlukan 2.5m kelebarannya sedangkan kita baru ada 2.25m,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin sama ada pihak kerajaan berhasrat mewujudkan ‘smartlane’ untuk lebuh raya berkenaan terutamanya ketika waktu puncak.

Walau bagaimanapun Abdul Rahman berkata, pengaktifan ‘smartlane’ berkenaan terpaksa dilakukan terutamanya ketika waktu puncak khususnya pada musim perayaan.

“Tapi sekiranya berlaku kesesakan terutamanya ketika musim perayaan, kita terpaksa pastikan pembukaannya.

“Bagaimanapun, kita telah memasuki skop pelebaran jalan yang kita akan libatkan sehingga 3m bagi kemudahan smartlane supaya penggunaan dapat dibuat secara maksima.

Sebelumnya beliau berkata, kerajaan telah melukuskan pelebaran lorong Lebuh Raya KLK bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road (CSR).

Katanya, projek berkenaan akan dimulakan pada suku kedua tahun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI