fbpx

Cuaca baik hampir di setiap negeri, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah dilanda hujan dan ribut petir, pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan dan ribut petir di Semenanjung hanya melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Selain itu, di Sabah, hujan tertumpu di beberapa kawasan seperti Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula diramal tiada hujan bakal berlaku,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI