fbpx

14 kanak-kanak dijangkiti HIV, hepatitis selepas pemindahan darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus berbahaya selepas melakukan pemindahan darah di Uttar Pradesh baru-baru ini. - Foto BNM

NEW DELHI – Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti Hepatitis B, Hepatitis C dan virus kurang imun (HIV) selepas menjalani prosedur pemindahan darah di negeri Uttar Pradesh, utara India, lapor portal berita Wion News hari ini.

Menurut akhbar Hindustan Times, kanak-kanak tersebut menghidap talasemia iaitu penyakit darah yang diwarisi yang mengakibatkan paras hemoglobin menjadi tidak normal.

Laporan itu yang memetik sumber doktor menyatakan kelmarin bahawa kanak-kanak tersebut mungkin dijangkiti pelbagai penyakit semasa menjalani prosedur pemindahan darah di hospital swasta dan daerah.

Jangkitan itu didedahkan semasa ujian dijalankan di Hospital Lala Lajpat Rai yang dikendalikan kerajaan Kanpur. 

Pada masa ini, seramai 180 pesakit talasemia menerima pemindahan darah di pusat itu yang menyaring mereka setiap enam bulan untuk sebarang penyakit virus.

Ketua Jabatan Pediatrik, Hospital Lala Lajpat Rai, Arun Arya berkata, apabila seseorang menderma darah, ia diuji terlebih dahulu sama ada selamat untuk melakukan pemindahan darah.

“Namun, terdapat tempoh masa apabila virus-virus itu tidak dapat dikesan dalam ujian,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI