fbpx

Lelaki mati dibaham buaya ketika mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki meninggal dunia dibaham buaya di Ladang Maisang Sime Dardy Sukau, Kinabatangan semalam.

KINABATANGAN – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Maisang Sime Darby Sukau semalam.

Mangsa Kamirun Malul, 42, ditemui oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira 500 meter dari kawasan dia dilaporkan dibaham buaya pada pukul 3 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, mangsa dikatakan diserang reptilia berkenaan ketika mencuci pakaian dan mandi di tebing sungai terbabit.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.10 petang.

“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 62 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan.

“Bagaimanapun, mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarganya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejadian serangan buaya itu adalah yang ketiga di negeri ini dalam tempoh sembilan hari.

Terdahulu, dua kes serangan buaya turut dilaporkan berlaku di Lahad Datu dan Tawau, masing-masing pada 15 dan 19 Oktober serta kedua-dua mangsa masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI