fbpx

Konflik Palestin-Gaza: Zionis tawar ganjaran kewangan kepada penduduk Gaza untuk maklumat tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hari ini menunjukkan asap hitam naik ke udara semasa tentera Israel mengebom utara Gaza. – AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel menggugurkan risalah di Semenanjung Gaza hari ini yang  menggesa penduduk memberi maklumat tentang tebusan yang ditahan Hamas bagi mendapatkan ganjaran kewangan, lapor beberapa wartawan AFP.

Risalah itu digugurkan oleh pesawat Israel ketika tentera Zionis melancarkan siri serangan udara yang menurut Hamas, telah mengorbankan lebih 5,000 orang.

“Jika anda mahukan masa depan lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak anda, lakukan perkara yang betul dan hantar maklumat berguna tentang orang yang diculik di kawasan anda,” demikian menurut kenyataan pada risalah itu.

“Tentera Israel berjanji melakukan segalanya bagi melindungi keselamatan anda dan kediaman anda. Anda juga akan menerima ganjaran kewangan,” tambahnya.

Risalah itu menyediakan nombor telefon bersama butiran mengenai aplikasi Telegram, WhatsApp dan Singnal di mana maklumat boleh disalurkan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI