fbpx

Kerajaan digesa tubuh Suruhanjaya Amal cegah penipuan NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zairul ketika menyampaikan wacana bertajuk Misi Kemanusiaan dan Penyaluran Bantuan Kemanusiaan, Dana dan Permasalahannya di program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di studio TV Alhijrah, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya mewujudkan segera Suruhanjaya Amal dalam usaha menambah baik ketelusan dan tadbir urus kewangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mantan Pengarah Islam Relief Malaysia (IRM), Zairul Zainal Abidin berkata, penubuhan suruhanjaya itu mampu mencegah isu sumbangan tidak sampai ke tangan penerima.

“Oleh kerana Kerajaan Madani mementingkan tatakelola, maka saya cadangkan suruhanjaya ini perlu disegerakan.

“Ia membolehkan tindakan segera diambil ke atas NGO yang tidak telus dan suruhanjaya berhak menutup NGO itu.

“Kita ada kira-kira 70,000 NGO berdaftar dan dari segi tatakelola serta penguatkuasaan itu bergantung kepada saluran mana yang didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di studio TV Alhijrah, di sini hari ini.

Jelas beliau, suruhanjaya berkenaan penting dalam memastikan pihak berkepentingan tidak mengambil kesempatan di atas sikap pemurah rakyat Malaysia.

“Sebagai seorang yang berada di lapangan sejak 12 tahun, didapati rakyat Malaysia sangat pemurah dan baik hati, tapi masa sama kita mahu pastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan daripada kemurahan hati rakyat.

“Saya cadangkan rakyat Malaysia jadilah penderma yang kritikal dan mempunyai maklumat sebelum menyalurkan bantuan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI