fbpx

Dakwaan rasuah: Radzi Jidin belum dipanggil – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berhubung projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan.

“Kita (SPRM) belum panggil (Dr. Radzi) lagi. Siasatan masih dijalankan.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat untuk jalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan International Anti-Bribery Anti-Corruption Summit 2023 (ABAC) di sini, hari ini.

30 September lalu, Azam dilaporkan berkata, pihaknya menemui bukti baharu berkaitan siasatan projek berkenaan.

Ini susulan penahanan dua individu termasuk bekas setiausaha politik bekas menteri itu bagi membantu siasatan berhubung projek berkenaan.

Sumber dilaporkan berkata, mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus.

Dalam perkembangan lain, Azam memaklumkan pihaknya tidak terlibat dengan siasatan skandal syarikat penerbangan yang membabitkan penahanan seorang ‘Datuk’ setakat ini.

“Ia adalah tindakan daripada pihak polis. Siasatan bukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.

Pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki ditahan polis bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam, seorang lagi individu iaitu pemegang saham i-Serve direman polis selama lima hari bagi membantu siasatan kes terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI