fbpx

Sophie Turner ‘unfollow’ Priyanka Chopra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIE Tunner tidak lagi mahu berhubung dengan Priyanka selepas bercerai dengan Joe Jonas.

PELAKON Sophie Turner mengambil tindakan untuk tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktres, Priyanka Chopra yang juga birasnya selepas bercerai dengan Joe Jonas.

Memetik laporan ENews, ibu kepada dua orang anak itu dengan serta-merta ‘membuang’ senarai pengikut yang mempunyai kaitan dengan bekas suaminya dalam Instagram, selepas sah bercerai dengan abang Nick Jonas pada 23 September lalu.

Hal yang sama turut dilakukan Priyanka apabila dia turut tidak lagi mengikuti akaun Instagram Turner.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca baik Turner mahupun Priyanka tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sebelum ini, kedua-dua selebriti itu dilihat sangat rapat selepas masing-masing mendirikan rumah tangga bersama adik-beradik Jonas.

Terdahulu, Turner yang pernah membintangi filem X-Men: Apocalypse bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi, Joe Jonas selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI