fbpx

Fify Azmi ‘unfollow’ Syazwan Zulkifly lepas ‘kantoi’ ada kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Fify Azmi, dia hanya mahu menjaga batas pergaulan bersama Syazwan Zulkifly.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Syazwan Zulkifly tidak lebih daripada rakan biasa meskipun mengakui pernah rapat sebelum ini.

Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, menjelaskan, dia juga sudah tidak mengikuti Syazwan dalama sosial selepas mengetahui aktor itu mempunyai kekasih.

Memang kami pernah rapat sebab banyak berlakon bersama. Kami tidak bergaduh Cuma saya tidak boleh (rapat) dengan orang yang sudah berpunya.

“Sebab bagi saya itu salah! Tetapi kami tetap berkawan dan masih melepak bersama. Cuma saya menjaga batas pergaulan.

“Apapun dia seorang rakan baik. Kami pernah rapat tetapi untuk hubungan itu beralih ke fasa seterusnya, tidaklah,” kata Fify.

Justeru itu, Fify menegaskan dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan termasuklah memeriksa latar belakang terlebih dahulu.

Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu kerana bekas kekasihnya tidak berkelakuan seperti ini.

Saya tidak suka orang yang tidak jelaskan status. Terang-terang sahajala sudah berpunya. Apapun saya dengan dia (Syazwan) okey saja.

“Selepas ini saya akan selidik latar belakang lelaki yang ingin mendekati saya. Sebelum ini saya tidak begini kerana semua bekas kekasih saya orang yang baik dan jujur dalam hubungan,” terang Fify.

Sungguhpun begitu, Fify tidak pernah serik untuk kembali bercinta pada masa hadapan, cuma buat masa ini dia terlalu sibuk dengan kerja.

Tidaklah tertutup pintu hati, cuma tiada masa. Sekarang memang saya tiada kekasih. Doakan jika ada jodoh, adalah. Sebab sibuk, saya tidak sempat berfikir soal cinta,” kata Fify.

Menyentuh tentang karier seninya, Fify membintangi filem kenegaraan yang berjudul Padu The Movie.

Filem berkenaan diangkat daripada peristiwa sebenar pengalaman empat atlet pasukan bola keranjang wanita negara beraksi di Suka SEA 2013 di Myanmar, Suka SEABA 2014 (Semarang, Indonesia) dan Sukan SEA 2015 (Singapura).

Selain Fify selaku pelakon utama sebagai kapten Izzati, Padu The Movie turut dibintangi oleh Datin Seri Umie Aida, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Susan Lankester, Lia Natalia, Fikhree Bakar, Melissa Campbell dan Lim Mei Fan.

Filem Padu The Movie terbitan sulung produk Global Station Sdn. Bhd, dan diarahkan oleh Faizal Ishak bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Jun ini. -KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI