fbpx

Mahkamah: Wang RM2 juta untuk Guan Eng, Najib Razak – Zarul Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau memberi wang RM2 juta masing-masing kepada Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui seorang ahli perniagaan untuk tujuan berbeza sekitar 2017.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkilfli berkata, wang berjumlah RM4 juta itu diserahkan kepada G. Gnanaraja yang kemudiannya didakwa di Shah Alam atas tuduhan menipu.

Menurut saksi pendakwaan ke-23 (SP23), wang RM2 juta dibayar melalui cek kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Ujarnya, wang RM2 juta pula diberi secara tunai kepada bekas Perdana Menteri bertujuan menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikatnya.

Beliau ketika itu pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) iaitu syarikat yang dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut Pulau Pinang. CZCSB dahulunya dikenali sebagai Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG).

Pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu, Gnanaraja pada awalnya memberi tekanan kepada Zarul Ahmad dan meminta RM19 juta bahawa beliau boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram dan wang itu untuk menutup siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

Ketika ditanya oleh peguam Gobind Singh Deo pada sesi pemeriksaan balas hari ini, Zarul Ahmad bersetuju bahawa wang itu melibatkan jumlah yang besar dan mendakwa urusan tersebut dibuat melalui Najib.

Gobind: Pendek kata, Datuk Zarul bayar kepada Gnanaraja supaya dia boleh beri wang kepada pihak-pihak tertentu untuk tutup kes (siasatan terhadap syarikat kamu?
Zarul Ahmad: Ya

Gobind: Datuk Zarul direman oleh SPRM pada 2019?
Zarul Ahmad: Ya

Gobind: Datuk Zarul ada buat aduan selepas dibebaskan daripada tahanan reman?
Zarul Ahmad: Ya.

Gobind: SPRM kemudian mencadangkan supaya Gnanaraja dituduh bagi kesalahan yang berkaitan dengan aduan kamu?
Zarul Ahmad: Ya.

Ahli perniagaan itu turut menyatakan, beliau kemudian diminta menjadi saksi dalam kes terhadap Gnanaraja di Shah Alam atas pertuduhan menipu.

Pada peringkat itu, Gobind memohon agar dibekalkan salinan pernyataan Zarul Ahmad yang diberikan kepada SPRM, masing-masing bagi siasatan kes Gnanaraja dan Guan Eng.

Pihak pembelaan memohon kedua-dua pernyataan itu atas alasan wujud percanggahan ‘material’ (bahan) yang memberi kesan kepada perbicaraan Guan Eng.

Gobind membayangkan bahawa Zarul Ahmad menipu kerana pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu oleh saksi-saksi lain bahawa penyerahan hanya melibatkan wang RM2 juta, bukan RM4 juta.

Hakim Azura Alwi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan penghujahan berhubung permohonan itu, esok.

Sementara itu, mahkamah menetapkan tarikh-tarikh baharu perbicaraan iaitu pada 1 dan 2 November ini dan tahun depan iaitu pada 16 dan 17 Januari, 26 dan 27 Febuari, Mac (4, 6, 15), April (1, 2, 3, 4) serta 2 dan 3 Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI